Kritikan penyiaran: kekuatan kandungan podcast / Shahril Anuar Abdul Ghalim

Abdul Ghalim, Shahril Anuar (2025) Kritikan penyiaran: kekuatan kandungan podcast / Shahril Anuar Abdul Ghalim. Bulletin. UiTM Cawangan Negeri Sembilan.
Abstract

Podcast bukanlah sesuatu yang baharu di Malaysia apabila kita memperkatakan kepelbagaian medium media terutamanya media atas talian. Penerimaannya semakin menggalakkan ekoran format dan keistimewaan yang ada pada medium ini. Popularitinya dirasai di seluruh dunia dan semakin berkembang permintaan terhadap medium ini untuk diketengahkan sebagai salah satu saluran media alternatif yang memberi kepelbagaian dari sudut kandungan. Banyak faktor yang menjadi penentu kepada kejayaan medium ini mendapatkan sokongan khalayak tontonan. Dalam penulisan kali ini, penulis ingin melirikkan pandangan terhadap salah satu faktor yang menjadikannya pilihan tontonan iaitu kekuatan kandungannya. Secara umumnya, apabila kita membincangkan mengenai podcast, kita harus sedar bahawa ia merupakan satu program temu bual sepertimana program bual bicara (Talk Show) atau dikendalikan sesuatu segmen dalam sesebuah program yang kewujudannya sudah lama bertapak di media elektronik seperti televisyen dan radio. Perbezaan yang ketara adalah podcast mampu dikendalikan agak mudah berbanding program-program di bawah sesuatu stesen televisyen mahupun radio milikan kerajaan atau swasta. Ini berlaku kerana ianya berlangsung secara atas talian (online) dan mampu dikendalikan dengan mudah dari sudut perancangan, modal, kandungan dan pengendaliannya.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 117141.pdf]
Text
117141.pdf
Download (526kB)
Indexing & Metrics