Abstract
Job Creator & Career Outreach Siri ke 5 telah diadakan di Kolej Pengajian Alam Bina pada 15 Disember 2022 bermula jam 10.00 pagi sehingga 1.00 petang. Program berkonsepkan permainan interaktif ini dilaksanakan untuk memangkin anjakan minda pelajar UiTM daripada menjadi pencari pekerjaan kepada pencipta pekerjaan. Selain itu, ia juga adalah untuk menjana, menggalakkan serta menerapkan nilai-nilai keusahawanan ke dalam kalangan pelajar Kolej Alam Bina UiTM khasnya melalui input daripada program yang telah dilaksanakan dan memberikan peluang serta kebebasan kepada pelajar meneroka bidang yang diminati melalui program berkonsepkan keusahawanan. Program berbentuk permainan interaktif ini juga bertujuan untuk mendedahkan para pelajar kepada aktiviti pembangunan kerjaya pelajar seperti penghasilan resume, memilih pakaian untuk ke temuduga. Seramai 80 orang pelajar terlibat dalam program ini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Pusat Kerjaya dan Kaunseling UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Bahagian Hal Ehwal Pelajar |
Journal or Publication Title: | e-buletin Pusat Kerjaya dan Kaunseling |
Keywords: | Program Job Creator & Career Outreach |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117098 |