Abstract
Produk ini berbentuk sistem perisian yang berfungsi memudahkan pengguna menyertai kursus-kursus yang diadakan secara dalam talian. Produk ini memudahkan pengguna kerana ia berperanan menyimpan secara sistematik dan kreatif pautan-pautan kursus dalam talian ke dalam satu perisian PDF yang percuma. Perisian PDF ini boleh disimpan di dalam mana-mana peranti pengguna seperti di telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya. Apabila pengguna ingin menyertai mana-mana kursus, mereka hanya perlu membuka perisian PDF di dalam peranti mereka dan seterusnya menekan pautan kursus yang ingin disertai yang tersedia di dalam perisian PDF itu. Oleh itu pengguna tidak perlu lagi membuang banyak masa mencari pautan-pautan kursus di pelbagai lokasi di dalam peranti mereka. Pihak pentadbir PDF juga akan sentiasa mengemaskini kandungan di dalam PDF tersebut supaya kandungannya sentiasa terkini.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohamad Ramli, Ahmad Azman UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation |
ISSN: | 3093-6543 |
Keywords: | Business Innovation & Technology Commercialization Centre, BITCOM, UiTM, Harta Intelek Malaysia, MyIPO |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117085 |