UiTM Cawangan Negeri Sembilan terlibat dalam penganjuran Simposium Etika Penyelidikan 2025 / Prof. Madya Ts. Dr. Eddie Tan Ti Tjih

Eddie, Tan Ti Tjih (2025) UiTM Cawangan Negeri Sembilan terlibat dalam penganjuran Simposium Etika Penyelidikan 2025 / Prof. Madya Ts. Dr. Eddie Tan Ti Tjih. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Pelaksanaan penyelidikan secara beretika kini menjadi agenda yang semakin diberi penekanan dalam dunia akademik. Semakin banyak editor jurnal dan penerbit makalah saintifik mewajibkan kelulusan etika sebelum penerbitan, terutamanya bagi penyelidikan yang melibatkan subjek manusia dan haiwan. Simposium Etika Penyelidikan (Research Ethics Symposium, RES) 2025 telah dianjurkan buat julung kalinya oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM) selama dua hari, iaitu pada 11 dan 12 Mac 2025. Pada hari pertama, sebanyak 10 sesi syarahan telah disampaikan oleh pakar-pakar dalam bidang etika penyelidikan, manakala hari kedua melibatkan sesi amali penilaian permohonan etika penyelidikan yang dibimbing oleh fasilitator berpengalaman. Simposium ini dilaksanakan secara hibrid dari UiTM Cawangan Selangor, Kampus Puncak Alam dan turut disiarkan secara atas talian. UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah memainkan peranan penting dengan menyediakan kemudahan siaran langsung dari Kampus Puncak Alam di Kampus Kuala Pilah. Jawatankuasa Penilaian Etika Cawangan (Branch Ethics Review Committee, BERC) Negeri Sembilan, selaku jawatankuasa kecil penganjur, telah memastikan setiap pusat pengajian menghantar wakil untuk menghadiri simposium ini sama ada secara atas talian atau secara fizikal di Dewan Kuliah 200, Kampus Kuala Pilah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Eddie, Tan Ti Tjih
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation
ISSN: 3093-6543
Keywords: Simposium Etika Penyelidikan, Research Ethics Symposium, RES, Universiti Teknologi MARA, UiTM, Kuala Pilah
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117081
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 117081.pdf] Text
117081.pdf

Download (3MB)

ID Number

117081

Indexing

Statistic

Statistic details