Abstract
Pada tanggal 24 Februari 2025, Unit Inovasi dan Pengkomersialan (UIP) UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah berbesar hati menerima kedatangan pasukan dari Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan (BITCOM), Pejabat Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), UiTM Shah Alam. Kunjungan ini diadakan bersempena pelaksanaan Siri Jelajah BITCOM yang merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan UiTM untuk mengukuhkan jaringan penyelidikan dan inovasi serta memperkasa agenda pengkomersialan di kalangan warga akademik UiTM. Program ini telah berlangsung di Bilik Mesyuarat HEP, Bangunan Pentadbiran Kampus Seremban dan disertai oleh 21 orang peserta yang terdiri daripada para pensyarah dari ketiga-tiga kampus di bawah UiTM Negeri Sembilan. Melalui program ini, BITCOM telah menyediakan ruang dan peluang kepada para penyelidik untuk berkongsi hasil penyelidikan yang berpotensi tinggi, selain menerima maklum balas dan panduan awal berkaitan laluan komersial yang boleh diterokai.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Dzakaria, Norliza UNSPECIFIED Aziman, Nurain UNSPECIFIED Baharudin, Suzana UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation |
ISSN: | 3093-6543 |
Keywords: | Bahagian Inovasi dan Pengkomersialan, BITCOM, UiTM, Negeri Sembilan, Pejabat Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117077 |