Abstract
Dalam usaha mengiktiraf sumbangan gemilang para pensyarah yang telah mencurahkan bakti dalam bidang penyelidikan, perundingan, penerbitan, inovasi, pengkomersilan, jaringan industri masyarakat dan alumni, dan keusahawanan, Seksyen Perundingan dan Inovasi, Pejabat Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), UiTM Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Majlis Anugerah Apresiasi Rektor 2023/2024 UiTM Cawangan Negeri Sembilan yang berlangsung di Dewan Biduanda, UiTM Kampus Rembau pada 10 Oktober 2024. Majlis yang penuh bermakna ini telah disempurnakan oleh Rektor UiTM Cawangan Negeri Sembilan, YBhg. Prof. Dr. Yamin Yasin bersama Pengurusan Tertinggi UiTM Cawangan Negeri Sembilan. Rektor dalam ucapannya menyatakan bahawa kejayaan sesebuah universiti bukan sahaja bergantung kepada infrastruktur dan pelajarnya, tetapi juga pada kekuatan intelektual, inovasi dan dedikasi tenaga akademiknya. Beberapa anugerah telah diberikan kepada pensyarah yang telah menunjukkan kecemerlangan serta memberi impak besar kepada universiti dan masyarakat. Anugerah yang disampaikan terbahagi kepada lima kategori, iaitu Penulisan dan Penerbitan, Penyelidikan dan Perundingan, Inovasi dan Pengkomersilan, Jaringan Industri Masyarakat dan Alumni, dan Keusahawanan. Antara anugerah yang disampaikan bagi kategori Penulisan dan Penerbitan ialah Anugerah Sanjungan Penulisan dan Penerbitan Jurnal Kategori Q1, Q2, Q3 (WOS) (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), Anugerah Sanjungan Penulisan dan Penerbitan Bab di Dalam Buku (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), Anugerah Sanjungan Penulisan dan Penerbitan Buku (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), Anugerah Sanjungan Penulisan & Penerbitan Jurnal Berindeks WOS (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), Anugerah Sanjungan Penulisan & Penerbitan Jurnal Berindeks SCOPUS & ERA (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), Anugerah Sanjungan Penulisan & Penerbitan Proceeding Berindeks (Sains Sosial dan Sains & Teknologi), dan Anugerah Sanjungan Penulisan & Penerbitan Berindeks MyCite (Sains Sosial dan Sains & Teknologi).
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Aziman, Nurain UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > Academies and learned societies (General) |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus |
Journal or Publication Title: | NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation |
ISSN: | 3093-6543 |
Keywords: | Majlis Anugerah Apresiasi Rektor, UiTM, Negeri Sembilan, penyelidikan, perundingan, penerbitan, inovasi, pengkomersilan |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/117053 |