Laporan program “Career Gear Up” / Mohd Faizal Mohd Ramsi, Sufy Rabea Adawiya Idris and Nasrullah Zainal Abidin

Mohd Ramsi, Mohd Faizal and Idris, Sufy Rabea Adawiya and Zainal Abidin, Nasrullah (2025) Laporan program “Career Gear Up” / Mohd Faizal Mohd Ramsi, Sufy Rabea Adawiya Idris and Nasrullah Zainal Abidin. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Alam pekerjaan merupakan fasa penting dalam kehidupan seorang graduan selepas tamat pengajian. Ia bukan sahaja menjadi platform untuk mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang telah dipelajari, tetapi juga ruang untuk membina kerjaya serta mencapai kestabilan hidup. Namun, persaingan yang sengit dalam pasaran kerja masa kini memerlukan graduan untuk bersiap sedia dengan pelbagai aspek, termasuk kemahiran teknikal, kemahiran insaniah, dan keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan. Tanpa persediaan yang kukuh, graduan mungkin menghadapi cabaran untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai atau mengekalkan kedudukan dalam sektor pilihan mereka. Oleh itu, adalah penting bagi graduan untuk memahami keperluan pasaran kerja serta mempersiapkan diri dengan kompetensi yang relevan bagi memastikan kelangsungan mereka dalam dunia pekerjaan. Menyedari kepentingan ini, Unit Kerjaya dan Kaunseling UiTM Kampus Rembau dengan kerjasama PERKESO Negeri Sembilan dan Pengajian Sains Maklumat, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik UiTM Kampus Rembau telah mengadakan satu program “Career Gear Up” bagi pelajar semester akhir dengan objektif utama adalah meningkatkan kemahiran insaniah graduan dalam menghadapi dunia pekerjaan. Program ini telah berlangsung pada 8 Jun 2024 bertempat di Dewan Kuliah 100 (DK100), UiTM Kampus Rembau dengan penyertaan seramai 59 orang pelajar. Antara lain tujuan utama program ini diadakan adalah membantu peserta meningkatkan keyakinan diri untuk memasuki dunia pekerjaan dan memberi latih-tubi kepada peserta secara intensif berkaitan kemahiran pencarian kerja.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohd Ramsi, Mohd Faizal
UNSPECIFIED
Idris, Sufy Rabea Adawiya
UNSPECIFIED
Zainal Abidin, Nasrullah
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation
ISSN: 3093-6543
Keywords: Career Gear Up, PERKESO, Negeri Sembilan, Kolej Pengajian Pengkomputeran, Informatik dan Matematik, UiTM, Rembau
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116987
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116987.pdf] Text
116987.pdf

Download (4MB)

ID Number

116987

Indexing

Statistic

Statistic details