Abstract
SERI ISKANDAR, 10 MEI 2024 – Pengajaran dan pembelajaran kolaboratif secara fizikal telah berlangsung pada 10 Mei 2024 bagi kod subjek DQS352 Construction Technology V , Jabatan Ukur Bahan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar. Program yang telah mensasarkan kolaboratif bersama Penolong Jurutera Mekanikal dari Universiti Teknologi MARA Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar ini telah dimulakan pada jam 10 pagi dan berakhir pada jam 11 pagi yang dihadiri seramai 75 orang pelajar tahun akhir dari Diploma Ukur Bahan. Sepanjang pengajaran dan lawatan tapak berlangsung, para pelajar dipantau oleh Pensyarah, Ts Dr Farrah Rina Mohd Roshdi. Pengajaran kolaboratif ini adalah dari Model 2 iaitu dari Individu yang berkepakaran dalam bidang Mekanikal (Specialized Individuals) dan menggunapakai Model 2 iaitu kolaborasi dari segi kaedah penyampaian . Penyampaian yang diajar di dalam pengajaran kolaboratif ini adalah berfokus pada Kajian Kes Sistem Retikulasi Air Bersih (Water Reticulation System) dan Sistem Pembetungan Sisa Kumbahan (Sewerage System) di dalam UiTM Perak. Penyampaian bermula dengan pengenalan tentang sumber utama bekalan air bersih adalah dari Lembaga Air Perak (LAP).
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohd Roshdi, Farrah Rina farrahrina@uitm.edu.my |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Perak L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perak |
Journal or Publication Title: | UiTM News Hub |
Page Range: | pp. 1-2 |
Keywords: | Kolaborasi Ilmu 3; Membentuk Pemikiran Holistik; Pendidikan dan Pembelajaran lintas-bidang |
Date: | May 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116964 |