Unit Jaringan Industri, Masyarakat, & Alumni / Muhammad Aidil Ibrahim

Ibrahim, Muhammad Aidil (2025) Unit Jaringan Industri, Masyarakat, & Alumni / Muhammad Aidil Ibrahim. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Sesebuah Universiti merupakan tempat untuk para pelajar mendapatkan ilmu bukan sahaja dalam bidang yang dipilih, juga untuk mempelajari nilai-nilai dalam kehidupan supaya dapat menaikkan jati diri dan lebih bersedia menghadapi alam pekerjaan kelak. Fungsi universiti bukan hanya tertumpu kepada penyampaian ilmu, tetapi juga merangkumi pelbagai peranan strategik yang menyumbang kepada pembangunan individu, masyarakat, dan negara. Bagi menaikkan kompetensi sesebuah Universiti, pihak universiti tidak boleh mengehadkan punca ilmu hanya daripada buku-buku pelajaran sahaja, malahan perlu melibatkan pihak-pihak luar melalui jaringan yang strategik. Kepentingan jaringan-jaringan luar seperti bersama industri, masyarakat, dan alumni kepada universiti adalah sangat besar dan memberi impak menyeluruh kepada pembangunan institusi pendidikan tinggi dari pelbagai aspek. Di Universiti Teknologi MARA, di bawah naungan Naib Cancelor, Timbalan Naib Cancelor Jaringan Industri, Masyarakat, dan Alumni (ICAN) bertanggungjawab dalam mengelola hubungan jaringan bersama pihak luar. Terdapat tiga jaringan yang dititikberatkan iaitu jaringan bersama industri, bersama masyarakat, dan juga bersama alumni UiTM yang dipercayai mampu menaikkan kompetensi UiTM dalam segala aspek terutama kepada pencapaian para pelajar. Di UiTM Kampus Cawangan Negeri Sembilan (UiTMCNS), diterajui oleh Timbalan Rektor Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat, dan Alumni (PJIMA) dan seterusnya digalas oleh Koordinator ICAN. Di bawah Koordinator ICAN pula terdapat beberapa orang penyelaras yang terdiri daripada penyelaras ICAN Kampus bagi setiap kampus UiTMCNS, dan penyelaras-penyelaras setiap cabang jaringan.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ibrahim, Muhammad Aidil
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation
ISSN: 3093-6543
Keywords: Jaringan Industri, Masyarakat, Alumni, ICAN, UiTMCNS
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116941
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116941.pdf] Text
116941.pdf

Download (5MB)

ID Number

116941

Indexing

Statistic

Statistic details