Seksyen Penulisan dan Penerbitan / Ahmad Husaini Mohamed

Mohamed, Ahmad Husaini (2025) Seksyen Penulisan dan Penerbitan / Ahmad Husaini Mohamed. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Seksyen Penulisan dan Penerbitan di bawah Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat dan Alumni (PJIM&A), Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan (UiTM CNS) memainkan peranan penting dalam mengukuhkan budaya penulisan dan penerbitan artikel atau bahan ilmiah di kampus. Penulisan dan penerbitan bukan sahaja menjadi medium untuk menyebarkan ilmu pengetahuan, malah merupakan instrumen penting dalam meningkatkan reputasi akademik dan institusi di peringkat nasional dan antarabangsa. Penekanan terhadap penerbitan ilmiah berkualiti tinggi juga seiring dengan misi UiTM untuk menjadi universiti terunggul bertaraf global. Secara umumnya, Seksyen Penulisan dan Penerbitan berfungsi secara strategik dalam mengurus, menyelaras, dan memantau aktiviti penerbitan warga akademik. Antara tanggungjawab utama termasuk menyelaras urusan permohonan warga akademik untuk membentangkan kertas kerja penyelidikan berindeks di Mesyuarat Jawatankuasa PPSM, serta memberi khidmat nasihat berkenaan hal-hal berkaitan penulisan dan penerbitan. Selain itu, seksyen ini juga bertanggungjawab membimbing staf akademik dalam menghasilkan manuskrip berkualiti, menyertai program latihan penulisan, dan membantu dalam proses penerbitan di jurnal berindeks seperti Scopus, Web of Science (WoS), ERA, MyCite, serta penerbitan buku atau artikel ilmiah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamed, Ahmad Husaini
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation
ISSN: 3093-6543
Keywords: Penulisan, penerbitan, Scopus, Web of Science (WoS), ERA, MyCite
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116934
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116934.pdf] Text
116934.pdf

Download (3MB)

ID Number

116934

Indexing

Statistic

Statistic details