Seksyen Penyelidikan / Norliza Dzakaria

Dzakaria, Norliza (2025) Seksyen Penyelidikan / Norliza Dzakaria. Bulletin. Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan.

Abstract

Unit Pengurusan Penyelidikan di kampus cawangan memainkan peranan penting dalam memacu agenda penyelidikan universiti di peringkat akar umbi. Sebagai nadi penyelidikan tempatan, unit ini berfungsi menyelaras permohonan geran, memantau pelaksanaan projek penyelidikan, serta menggalakkan penglibatan aktif warga akademik dalam aktiviti penyelidikan, penerbitan dan inovasi. Unit ini turut menjadi penghubung strategik antara penyelidik dan pejabat pengurusan penyelidikan di peringkat pusat. Melalui pelbagai program sokongan, bimbingan dan pemantauan, unit ini menyumbang secara langsung ke arah memperkukuh budaya penyelidikan yang lestari dan berimpak tinggi dalam kalangan staf akademik di kampus cawangan. Norliza Dzakaria Pusat Pengajian Kimia dan Alam Sekitar Fakulti Sains Gunaan, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Kuala Pilah, 72000, Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia. Di Universiti Teknologi MARA (UiTM), agenda penyelidikan dan inovasi sentiasa diberi keutamaan selaras dengan aspirasi universiti untuk menjadi peneraju dalam pengetahuan dan teknologi. Di peringkat universiti, pengurusan penyelidikan diterajui oleh Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) di bawah kepimpinan Naib Canselor UiTM. Antara tanggungjawab utama pejabat ini adalah menyelaras dan mengurus pelbagai geran penyelidikan industri, antarabangsa dan nasional, termasuk geran di bawah Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT/KPM) dan Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi (MOSTI). Skim geran di bawah KPM merangkumi FRGS, LRGS, PRGS, TRGS, RAGS dan ERGS, manakala MOSTI pula terkenal dengan Geran E-Science yang menyokong kajian berteraskan sains dan teknologi terkini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Dzakaria, Norliza
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > Academies and learned societies (General)
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan > Kuala Pilah Campus
Journal or Publication Title: NeXT: Network of excellence, Knowledge and Transformation
ISSN: 3093-6543
Keywords: Seksyen Penyelidikan, FRGS, LRGS, PRGS, TRGS, RAGS, ERGS
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116931
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116931.pdf] Text
116931.pdf

Download (3MB)

ID Number

116931

Indexing

Statistic

Statistic details