Abstract
Tidak terhenti dengan program bual bicara semata, PRACIS mengorak langkah kepada kerja sukarela dan khidmat masyarakat dengan menganjurkan program outreach. PRACIS dengan kerjasama Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf UiTM (ZAWAF), Alumni UiTM Business Network dan Kak Anie Shellrock telah mengagihkan pek makanan sahur kepada pelajar kolej di UiTM Kampus Shah Alam dan Kampus Puncak Perdana. Program yang dijalankan ini adalah untuk membantu para pelajar kolej mendapatkan bekalan sahur dengan lebih mudah lantaran pelaksanaan prosedur yang ketat dalam situasi penularan wabak Covid-19 Program “MISI EMPATI” dibawah kelolaan Biro NGO, Kerajaan & Antarabangsa serta Biro Komuniti, Kebajikan & Kesukarelawanan, PRACIS pula menyantuni komuniti yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19. Jaringan kerjasama dengan Persatuan Penduduk Setiawangsa, Kg Raja Uda, Pulau Indah dan Kg Sementa, serta barisan frontliners seperti Polis Bantuan UiTM Shah Alam, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Wilayah Persekutuan membolehkan PRACIS lebih dekat dengan masyarakat. Diharapkan pelbagai program lagi dapat memberi manfaat kepada masyarakat dapat dijalankan dan semoga Alumni ACIS terus berkhidmat kepada masyarakat, agama dan Negara.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari korporatacis@uitm.edu.my |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | e-buletin, ACIS, UiTM Shah Alam, alumni |
Date: | July 2021 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116865 |