Kolaborasi FSPU ACIS: Shariah in Built Environment (SIBE), South East Asia Built Environment Research Centre (SEABERC) FSPU & Muamalah in Islamic Built Environment (MILBE) ACIS, 13 Januari 2021, 28 Mei 2021 dan 18 Jun 2021.

UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari (2021) Kolaborasi FSPU ACIS: Shariah in Built Environment (SIBE), South East Asia Built Environment Research Centre (SEABERC) FSPU & Muamalah in Islamic Built Environment (MILBE) ACIS, 13 Januari 2021, 28 Mei 2021 dan 18 Jun 2021. Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Membawa hasrat mempromosikan Konsep Pematuhan Syariah dalam Dunia Alam Bina, ACIS bersama Fakulti Senibina Perancangan dan Ukur (FSPU) berkolaborasi bagi menganjurkan beberapa siri Webinar. Program kolaborasidi antara Shariah in Built Environment (SiBE), South East Asia Built Environment Research Centre (SEABERC) FSPU dan Muamalat in Islamic Built Environment (MiLBE) –ACIS telah memulakan usaha pada pertengahan tahun 2020. Sesi webinar pertama diadakan pada 14 Oktober 2020 bertajuk Syariah dan Aplikasi dalam Alam Bina: Sebuah Agenda untuk Penyelidikan telah dibentangkan oleh Profesor Sr Dr. Khairuddin Abdul Rashid daripada FSPU dan diteruskan oleh pembentangan daripada Ustazah Sharifah Fadylawaty Syed Abdullah dan kemudian Ustaz Solahudin daripada ACIS. Pada tahun 2021 , kerjasama diteruskan lagi menerusi 3 siri Webinar yang disampaikan oleh PM Dr Noorul Huda Sahari daripada ACIS membawakan tajuk Sulh Dalam Alam Bina. Ini diikuti oleh Dr Amal Hayati Ishak (Timbalan Dekan Hal Ehwal Akademik ACIS) yang menyampaikan pembentangan bertajuk Hisbah dan Perancangan Bandar. Perbincangan ini sangat bermanfaat kerana ia melibatkan kehidupan kita semua, antaranya melihat kecacatan dalam kontrak jual beli dan bagaimana persediaan untuk memiliki rumah yang dikatakan selari dengan piawaian syariah.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari
korporatacis@uitm.edu.my
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eBuletin ACIS
ISSN: 2735-0991
Keywords: e-buletin, ACIS, UiTM Shah Alam, FSPU
Date: July 2021
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116851
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116851.pdf] Text
116851.pdf

Download (196kB)

ID Number

116851

Indexing

Statistic

Statistic details