UiTM pecah rekod MBR 'Penyertaan Terbesar Acara Plogging'

UiTM, Korporat UiTM (2019) UiTM pecah rekod MBR 'Penyertaan Terbesar Acara Plogging'. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.
Abstract

SHAH ALAM, 28 April 2019 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan program Clean and Care Walk 2019 dengan penyertaan terbesar seramai 2072 orang mahasiswa UiTM Shah Alam dan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai Acara Plogging Terbesar di Malaysia. Program yang telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM ini telah disertai oleh mahasiswa Kolej Seroja dan Meranti serta wakil daripada tujuh buah kolej kediaman dalaman UITM Shah Alam yang lain. Plogging merupakan satu aktiviti yang menggabungkan aktiviti jogging sambil mengutip sampah (picking up litter) yang telah berlangsung sepanjang lima kilometer bermula dari Kolej Kediaman Seroja, UiTM menuju ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116796.pdf]
Text
116796.pdf
Download (1MB)
Indexing & Metrics