Abstract
SHAH ALAM, 28 April 2019 - Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan program Clean and Care Walk 2019 dengan penyertaan terbesar seramai 2072 orang mahasiswa UiTM Shah Alam dan mencipta rekod baharu dalam Malaysia Book of Record (MBR) sebagai Acara Plogging Terbesar di Malaysia. Program yang telah dianjurkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM ini telah disertai oleh mahasiswa Kolej Seroja dan Meranti serta wakil daripada tujuh buah kolej kediaman dalaman UITM Shah Alam yang lain. Plogging merupakan satu aktiviti yang menggabungkan aktiviti jogging sambil mengutip sampah (picking up litter) yang telah berlangsung sepanjang lima kilometer bermula dari Kolej Kediaman Seroja, UiTM menuju ke Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Korporat UiTM UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department |
Journal or Publication Title: | salam@uitm |
ISSN: | 2682-7794 |
Keywords: | UiTM pecah rekod MBR |
Date: | 2019 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116796 |