UiTM cipta rekod baharu!!

UiTM, Korporat UiTM (2019) UiTM cipta rekod baharu!! Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Program University Community Engagement (UCE) Mural Tapak Tangan Paling Banyak Secara Serentak yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi MARA (UITM) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diadakan pada 6 April 2019 bertempat di Rumah Seri Kenangan Cheras. Perlaksanaan program ini telah memecah rekod Malaysia Book of Record, iaitu dengan 130,585 Mural Tapak Tangan secara serentak di seluruh negara. Program ini dilaksanakan secara serentak di 81 Institusi Berdaftar JKM Semenanjung Malaysia, Sabah & Sarawak dengan penglibatan seramai 4,000 sukarelawan UITM dan 2,205 sukarelawan JKM. Penganjur bersama yang menjayakan program ini termasuklah Pusat Kokurikulum UiTM Shah Alam. Pemegang PI Kesukarelawanan UITM mengambil inisiatif melaksanakan program berbentuk University Community Engagement (UCE) yang melibatkan para pelajar dan penghuni Institusi Berdaftar Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Program telah dihadiri oleh Naib Canselor UITM YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim dan YBhg. Prof. Dr. Azizan Abdullah, Timbalan Naib Canselor HEP UITM. Objektif utama program ini adalah untuk membudayakan nilai-nilai murni melalui perlaksanaan program kesukarelawanan secara kolaborasi strategik antara universiti dan masyarakat.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@uitm
ISSN: 2682-7794
Keywords: UiTM cipta rekod baharu
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116795
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116795.pdf] Text
116795.pdf

Download (1MB)

ID Number

116795

Indexing

Statistic

Statistic details