Kongres Makanan Warisan 2019: 'Definisi & Identiti Makanan Warisan Melayu’

UiTM, Korporat UiTM (2019) Kongres Makanan Warisan 2019: 'Definisi & Identiti Makanan Warisan Melayu’. Bulletin. Corporate Communications Department, Shah Alam.

Abstract

Pada 23 April sehingga 24 April 2019 telah berlangsungnya Kongres Makanan Warisan bertempat di Dewan Agung Tuanku Canselor UITM Shah Alam. Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, berangkat mencemar duli untuk merasmikan Kongres Makanan Warisan 2019 ini. Majlis yang bertemakan Definisi & Identiti Makanan Warisan Melayu' ini diadakan bertujuan untuk menghimpunkan makanan warisan bangsa Melayu dari satu rumpun. Di samping meningkatkan taraf peninggalan makanan warisan Melayu ke arah globalisasi. Kongres ini juga sebagai platform pemindahan dan jangkauan ilmu masyarakat serta untuk meningkatkan pengetahuan dan membina generasi pewaris bangsa. Keberangkatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Permaisuri, membuktikan kesungguhan dan keprihatinan Institusi Diraja dalam mendekatkan lagi hubungan dengan rakyat jelata. Kongres ini dianjurkan oleh Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan UITM Puncak Alam, dengan kerjasama Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT), Kursi Institusi Raja-Raja Melayu, dan Jabatan Warisan Negara.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Korporat UiTM
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Corporate Communications Department
Journal or Publication Title: salam@UiTM
ISSN: 2682-7794
Keywords: Kongres makanan warisan 2019, Definisi Identiti Makanan Warisan Melayu
Date: 2019
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116763
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116763.pdf] Text
116763.pdf

Download (1MB)

ID Number

116763

Indexing

Statistic

Statistic details