Abstract
Malaysia terdiri dari variasi etnik meliputi Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pendidikan merealisasikan matlamat negara Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. Justeru, pendidikan Islam dan pendidikan moral diwajibkan dalam konteks pendidikan wajib variasi etnik di Malaysia. Pendidikan Islam secara ringkasnya meliputi pendidikan manusia seluruhnya termasuk akal dan hati, rohani, jasmani, akhlāk dan tingkah laku ke arah perhambaan kepada Allah SWT. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan melihat aspek sejarah kemajmukan, konsep dan aplikasi pendidikan Islam dan moral di Malaysia. Kajian menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kepustakaan. Metod dokumentasi digunakan untuk mengumpul data dan analisis kandungan dibuat secara deskriptif. Objektif kajian untuk memahami sejarah kemajmukan dan aplikasi pendidikan Islam dan moral dalam variasi etnik di Malaysia. Hasil kajian mendapati falsafah pendidikan negara dan Rukunegara menjadi pemangkin dan kelestarian kepada pendidikan Islam dan moral di Malaysia. Kajian ini memberi faedah kepada individu dan sarjana yang berminat dalam kepelbagaian budaya dan etnik dan konsep pendidikan Islam.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahman, Azhar UNSPECIFIED Ismail, Syaimak UNSPECIFIED Mohd Radzi, Nor Azira UNSPECIFIED Mohd Zin, Mohamad Zaid UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Perlis > Arau Campus |
Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
ISSN: | 2948-5045 |
Event Title: | Borneo Islamic International Conference |
Event Dates: | 6 hingga 7 September 2023 |
Volume: | 14 |
Page Range: | pp. 373-377 |
Keywords: | aplikasi, pendidikan, islam, moral, etnik |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116733 |