Abstract
Dasar Wanita Negara (DWN) 1989 mengaspirasikan secara umumnya kesaksamaan gender di Malaysia dalam pelbagai bidang. Salah satunya adalah mengangkat wanita dalam bidang kepimpinan. Wanita Sabah secara khususnya masih jauh ketinggalan dari aspek pembentukan kepimpinan di peringkat pembuatan keputusan. Tren menurun penglibatan wanita Sabah dalam kepimpinan dan pembuatan dasar dicatatkan pada tahun 2015 dan 2016 iaitu masing-masing 7.9 peratus dan 6.8 peratus. Tiada tren terkini dicatatkan oleh mana-mana pihak selepas itu. Model DEEP (Develop, Enrich, Engage & Perform) dikemukakan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Wanita (JHEWA) Negeri Sabah oleh SIG- GoWISes (Special Interest Group-Group of Women Inclusion’s Studies) pada Oktober 2022 menerusi hasil dapatan penyelidikan geran SRP (Strategic Research Partnership) yang dilaksanakan ke atas 282 orang penjawat awam (kerajaan pusat dan negeri), swasta, badan berkanun kerajaan negeri dan anak syarikat kerajaan negeri bagi memperkasa penyertaan wanita Sabah Gred 41 dan ke atas dalam bidang kepimpinan dan pembuatan keputusan. Ia model berstruktur melalui beberapa peringkat autoriti dan fasa pelaksanaan iaitu Fasa 1 di Peringkat Jabatan, Fasa 2 di Peringkat Negeri, Fasa 3 di Peringkat Nasional dan Fasa 4 di Peringkat Global. Pendedahan dan penglibatan wanita Sabah khususnya penjawat awam melalui Model DEEP adalah bertunjangkan ilmu dalam pelbagai bentuk platform perlu diperkenalkan seperti latihan, mentoring/coaching, sesi perkongsian ilmu menerusi kolokium amalan terbaik (best practice), pembentangan kertas kerja di konferensi, penglibatan di dalam industrial engagement dan penyertaan mereka di dalam konvensyen wanita antarabangsa sebagai ‘spokeperson’ atau delegasi pelawat bagi lawatan sambil belajar. Matlamat untuk menyaksikan penglibatan sekurang-kurangnya 30 peratus wanita Sabah di peringkat kepimpinan dan pembuatan dasar diharapkan dapat dicapai menerusi Model DEEP oleh pihak JHEWA dan Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) selaku sekretariat untuk pelaksanaannya.
Metadata
Item Type: | Conference or Workshop Item (Paper) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Mohammed, Rozita@Uji UNSPECIFIED Koh, Jacqueline UNSPECIFIED Jidwin@Paul, Agnes Paulus UNSPECIFIED Tajuddin, Dewi UNSPECIFIED David, Jasmine UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus > Faculty of Business and Management |
Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
ISSN: | 2948-5045 |
Event Title: | 14th Borneo International Islamic Conference 2023 |
Volume: | 14 |
Page Range: | pp. 142-148 |
Keywords: | dasar, model, kepimpinan, pembuatan, wanita |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116712 |