Potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia negeri Sabah / Surail Abd Kahar @ Eting ... [et al.]

Abd Kahar @ Eting, Surail and Mohammed, Rozita @ Uji and Supain @ Christopher, Cyril and Joseph, Hendry (2023) Potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia negeri Sabah / Surail Abd Kahar @ Eting ... [et al.]. In: 14th Borneo International Islamic Conference 2023.

Abstract

Keusahawanan sosial merujuk kepada amalan perniagaan yang bertujuan untuk mencapai impak sosial positif sambil menjana keuntungan ekonomi. Koperasi merupakan organisasi yang menyediakan platform sesuai kepada belia untuk mengembangkan inisiatif perniagaan mereka dengan memberi keutamaan kepada kepentingan sosial anggotanya. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji potensi keusahawanan sosial melalui aktiviti koperasi di kalangan belia Sabah. Ia melibatkan pengumpulan data melalui tinjauan soal selidik yang diedarkan kepada belia di Sabah. Data yang dikumpulkan merangkumi profil demografi belia, tahap pengetahuan, minat, sikap, penglibatan, faktor dorongan dan cabaran dalam keusahawanan sosial dan koperasi. Data tersebut kemudiannya dianalisis secara statistik untuk memberikan gambaran yang komprehensif tentang potensi keusahawanan sosial melalui koperasi di kalangan belia Sabah. Hasil kajian menunjukkan jurang yang agak signifikan di antara tawaran dan sumbangan keusahawanan sosial melalui koperasi dengan tahap pengetahuan dan penglibatan belia. Jurang ini menunjukkan tahap pengetahuan yang agak rendah, tetap keinginan belia untuk terlibat dan sikap positif mereka terhadap potensi impak positif keushawanan
sosial melalui koperasi dalam memperbaiki kesejahteraan sosial dan ekonomi belia di Sabah agak tinggi. Faktor dorongan penglibatan termasuklah latihan keusahawanan, akses pembiayaan, dan kemudahan infrastruktur. Dapatan juga meneliti cabaran yang dihadapi seperti kurang pendedahan, akses terhadap sumber dana dan maklumat berkaitan. Hasil kajian ini menyumbang kepada pemahaman yang lebih baik tentang potensi dan cabaran keusahawanan sosial melalui koperasi dan dapat membantu pihak berkepentingan, termasuk pemerintah, agensi pembangunan, dan organisasi belia, untuk merancang dan melaksanakan inisiatif dicadangkan bagi merapatkan jurang penyertaan dengan manfaat sosial yang ditawarkan keusahawanan sosial melalui koperasi khususnya untuk belia di Sabah.

Metadata

Item Type: Conference or Workshop Item (Paper)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abd Kahar @ Eting, Surail
UNSPECIFIED
Mohammed, Rozita @ Uji
UNSPECIFIED
Supain @ Christopher, Cyril
UNSPECIFIED
Joseph, Hendry
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus > Faculty of Accountancy
ISSN: 2948-5045
Event Title: 14th Borneo International Islamic Conference 2023
Volume: 14
Page Range: pp. 134-141
Keywords: keusahawanan, sosial, koperasi, belia, ekonomi, eestari
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116711
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116711.pdf] Text
116711.pdf

Download (120kB)

ID Number

116711

Indexing

Statistic

Statistic details