Sejauh mana kepentingan pendidikan percukaian dalam meningkatkan kesedaran cukai di kalangan pembayar cukai / Saifulrizan Norizan ... [et al.]

Norizan, Saifulrizan and Jayakumar, Raja Rajeswari and Mhd Sabohi, Roshahida and Salleh, Siti Maliza and Ismail, Faridah (2025) Sejauh mana kepentingan pendidikan percukaian dalam meningkatkan kesedaran cukai di kalangan pembayar cukai / Saifulrizan Norizan ... [et al.]. Epitome of Nature (EON). pp. 143-145. ISSN 2773-5869
Abstract

Di Malaysia, pendidikan berkualiti seperti yang digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mampan (SDG 4) dan pendidikan percukaian di kalangan pembayar cukai saling berkait rapat kerana merupakan komponen terpenting dalam melahirkan rakyat yang mempunyai pengetahuan dan bertanggungjawab. SDG 4 menekankan kepentingan pendidikan berkualiti yang inklusif dan adil kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira perbezaan latar kehidupan ekonomi seseorang untuk membolehkan mereka memperoleh kemahiran dan pengetahuan yang diperlukan untuk menjadi rakyat yang bertanggunjawab. Dalam konteks pendidikan percukaian, memberikan pendidikan yang berkualiti mengenai sistem percukaian membantu meningkatkan kesedaran dan kefahaman pembayar cukai tentang kewajipan cukai mereka. Dengan pendidikan yang baik, rakyat bukan sahaja dapat mematuhi undang-undang percukaian, tetapi juga menyumbang kepada kemajuan ekonomi dan sosial negara, selaras dengan matlamat pembangunan mampan global.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116684.pdf]
Text
116684.pdf
Download (460kB)
Indexing & Metrics