Abstract
Pendidikan berkualiti merujuk kepada proses pembelajaran yang memberikan pelajar bukan sahaja pengetahuan asas, tetapi juga kemahiran kritikal, nilai murni, dan sikap positif yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Perspektif pendidikan berkualiti ini melibatkan kurikulum yang relevan, pengajaran yang berkesan, serta sokongan daripada semua pihak. Ia juga penting dalam memastikan semua pelajar, tanpa mengira latar belakang, mendapat akses yang setara kepada peluang pendidikan yang baik. Pendidikan berkualiti bukan sahaja bergantung kepada kurikulum dan guru yang berkelayakan, tetapi juga kepada penggunaan teknologi yang mampu memperkaya pengalaman pembelajaran. Salah satu medium yang semakin popular dan berkesan dalam pendidikan adalah podcast. Podcast, sebagai platform audio yang fleksibel, menawarkan pelbagai kelebihan dalam mewujudkan pendidikan yang lebih inklusif, menarik, dan mudah diakses. Ramai sedia maklum akan kelebihan podcast dalam membentuk insaniah yang dinamik dalam golongan muda.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Baharudin, Faizah UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Page Range: | pp. 137-138 |
Keywords: | Podcast, revolusi, pendidikan, kemahiran kritikal, nilai murni |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116680 |