Abstract
Generasi alfa, juga dikenali sebagai generasi digital terdiri daripada individu yang lahir dari tahun 2010 hingga 2025 dan kadar kelahiran mereka direkodkan sebanyak 2.8 juta orang setiap minggu di seluruh dunia. Berdasarkan kepada jumlah kelahiran ini, menjelang tahun 2025 apabila semua generasi ini telah dilahirkan, mereka akan menjadi generasi yang terbesar dalam sejarah dunia dengan jumlah lebih daripada 2 billion orang. Mereka adalah generasi yang benar-benar lahir dalam dunia digital dan terdedah kepada teknologi sejak kecil lagi. ‘Generasi alfa mempunyai beberapa ciri utama yang membezakan mereka daripada generasi sebelumnya. Mereka lebih celik teknologi, cepat memahami konsep digital, dan cenderung kepada pembelajaran. visual dan interaktif. Pendedahan kepada teknologi di usia muda menjadikan mereka lebih mahir dengan alat digital dan mempunyai tahap kebergantungan terhadap teknologi 'yang tinggi berbanding - generasi sebelumnya. Namun, generasi ini juga menghadapi cabaran tersendiri, seperti kebergantungan melampau pada teknologi, kurangnya perhatian terhadap interaksi sosial secara bersemuka, dan pendedahan kepada maklumat berlebihan yang boleh menjejaskan tumpuan mereka. Cabaran-cabaran ini akan menjadikan usaha membentuk generasi ini untuk menjadi lebih berinovasi pada masa depan menjadi lebih sukar.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. A. Halid @ Khalid, Rozieana UNSPECIFIED Hashim, Hasnizawati UNSPECIFIED Hashim, Ina Murni UNSPECIFIED Tajuddin, Norulhuda UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Page Range: | pp. 112-115 |
Keywords: | Teknologi, digital, pendidikan, sosial, bersemuka |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116645 |