Abstract
Teknologi kecerdasan buatan atau Artificial Intelligence (AI) merujuk kepada sistem komputer yang mampu menjalankan tugas yang biasanya memerlukan kecerdasan manusia, seperti pembelajaran dan pemikiran logik. Salah satu cabang utama dalam bidang AI ialah pembelajaran mesin atau Machine Learning (ML), yang semakin mendapat perhatian dalam pelbagai sektor termasuk pendidikan. ML adalah cabang kecerdasan buatan yang membolehkan komputer belajar dan membuat keputusan berdasarkan data tanpa pengaturcaraan secara langsung. Di Malaysia, penggunaan ML dalam sistem pendidikan dilihat mampu menjadi salah satu langkah transformasi yang penting untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran. Dalam konteks pendidikan, ML boleh digunakan untuk menganalisis data pelajar, memahami keperluan mereka, dan memberikan penyelesaian yang lebih bersifat peribadi sesuai dengan kemampuan mereka. Artikel ini akan mengupas bagaimana ML boleh dimanfaatkan untuk membawa perubahan positif dalam pendidikan di Malaysia dengan membincangkan hasil dapatan beberapa kajian yang telah dijalankan, mengenalpasti cabaran dalam pelaksanaan ML dan mencadangkan beberapa langkah integrasi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Hanafi, Nur Haidar UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Page Range: | pp. 103-106 |
Keywords: | Machine Learning, ML, Artificial Intelligence, AI, teknologi kecerdasan buatan |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116637 |