Keperluan dan pendekatan inovatif dalam meningkatkan minat pembelajaran / Ernee Sazlinayati Othman

Othman, Ernee Sazlinayati (2025) Keperluan dan pendekatan inovatif dalam meningkatkan minat pembelajaran / Ernee Sazlinayati Othman. Epitome of Nature (EON). pp. 89-91. ISSN 2773-5869

Abstract

Pendidikan berkualiti merupakan asas kepada pembangunan sesebuah negara, kerana ia melahirkan modal insan yang berilmu, berkemahiran dan beretika. Dalam usaha memastikan pendidikan berkualiti tercapai, pelbagai pendekatan inovatif perlu diterokai. Kaedah inovatif telah diperkenalkan dengan menggunakan teknologi elektroensefalografi (EEG) untuk merakam isyarat otak pelajar secara langsung semasa mereka menjalani proses pembelajaran. Pendekatan ini memungkinkan analisis mendalam terhadap aktiviti otak yang berkaitan dengan pemahaman, penumpuan, dan daya ingatan. Dengan mengintegrasikan data EEG dalam konteks pembelajaran, penyelidik dapat mengenal pasti corak kognitif yang unik, sekaligus membolehkan pembangunan strategi pengajaran yang lebih berkesan dan disesuaikan dengan keperluan individu pelajar. Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goal) yang ke-4 menekankan kepentingan pendidikan berkualiti melalui akses yang adil, penglibatan aktif pelajar, dan pendekatan pengajaran yang inklusif. Pendidikan yang berkualiti mampu meningkatkan daya saing individu serta memperkasa komuniti dalam jangka masa panjang.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Othman, Ernee Sazlinayati
UNSPECIFIED
Subjects: P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Page Range: pp. 89-91
Keywords: Inovatif, pembelajaran, pendidikan, EEG, beretika
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116629
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116629.pdf] Text
116629.pdf

Download (474kB)

ID Number

116629

Indexing

Statistic

Statistic details