Abstract
Refleksi, dalam konteks pembelajaran, merujuk kepada proses renungan atau pemikiran semula terhadap pengalaman pembelajaran seseorang untuk meningkatkan pemahaman dan penambahbaikan. Refleksi merupakan satu proses penting dalam pembelajaran di mana, pelajar mahupun pengajar menilai semula kefahaman seseorang pelajar dalam sesuatu topik, dan seterusnya menentukan samaada kaedah pembelajaran ataupun ulangkaji perlu ditambahbaik atau dikekalkan. Proses refleksi tidak hanya melibatkan pengulangan maklumat, tetapi juga pemahaman yang mendalam serta aplikasi pengetahuan dalam situasi sebenar. Artikel ini akan membincangkan teori pembelajaran berkaitan refleksi, kepentingan refleksi, dan kaedah-kaedah refleksi yang sesuai dalam konteks pembelajaran bagi pelajar Diploma Farmasi.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Othman, Nursyuhadah UNSPECIFIED Che Lamin, Roz Azinur UNSPECIFIED |
Subjects: | P Language and Literature > P Philology. Linguistics > Language and education |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan |
Journal or Publication Title: | Epitome of Nature (EON) |
ISSN: | 2773-5869 |
Page Range: | pp. 57-59 |
Keywords: | Refleksi, pelajar, diploma, farmasi |
Date: | May 2025 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116614 |