Pemetaan CLO kepada PLO: cabaran dan penyelesaian dalam semakan kurikulum bagi menjamin kualiti pendidikan / Intan Syaherra Ramli, Norul Fadhilah Ismail and Noorlis Ahmad

Ramli, Intan Syaherra and Ismail, Norul Fadhilah and Ahmad, Noorlis (2025) Pemetaan CLO kepada PLO: cabaran dan penyelesaian dalam semakan kurikulum bagi menjamin kualiti pendidikan / Intan Syaherra Ramli, Norul Fadhilah Ismail and Noorlis Ahmad. Epitome of Nature (EON). pp. 14-18. ISSN 2773-5869

Abstract

Pemetaan Course Learning Outcome (CLO) kepada Program Learning Outcome (PLO) merupakan salah satu elemen penting yang perlu dititik beratkan dalam semakan kurikulum sesuatu program akademik. Keberkesanan pemetaan ini memastikan bahawa setiap hasil pembelajaran kursus (CLO) menyumbang secara langsung kepada pencapaian hasil pembelajaran program (PLO), sekaligus menyokong pencapaian objektif program keseluruhan (PEO). Pemetaan CLO kepada PLO yang tidak tepat boleh menjejaskan kualiti pendidikan yang meliputi kesejajaran konstruktif seperti keberkesanan kaedah pengajaran, penilaian dan pemantauan pencapaian pelajar. Artikel ini membincangkan tentang cabaran utama dalam pemetaan CLO kepada PLO serta mencadangkan penyelesaian yang boleh digunakan untuk meningkatkan kualiti pendidikan. Ianya juga boleh dijadikan panduan bagi program yang dalam proses menjalankan semakan kurikulum untuk memastikan keselarasan hasil pembelajaran yang lebih efektif. Kualiti pendidikan sesebuah program di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bergantung kepada sejauh mana Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcome, CLO) dapat menyokong dan menyumbang kepada Pencapaian Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcome, PLO) dan Objektif Program (Program Educational Objectives, PEO). Course Learning Outcome merujuk kepada kemahiran dan pengetahuan yang harus dikuasai oleh pelajar setelah menyelesaikan sesuatu kursus.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Ramli, Intan Syaherra
UNSPECIFIED
Ismail, Norul Fadhilah
UNSPECIFIED
Ahmad, Noorlis
UNSPECIFIED
Subjects: Q Science > QH Natural history - Biology
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Negeri Sembilan
Journal or Publication Title: Epitome of Nature (EON)
ISSN: 2773-5869
Page Range: pp. 14-18
Keywords: Pemetaan, CLO, PLO, pendidikan,
Date: May 2025
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116507
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116507.pdf] Text
116507.pdf

Download (641kB)

ID Number

116507

Indexing

Statistic

Statistic details