Alumni 1993-2002: Dr. Malvern Abdullah / Jati Kasuma Ali ... [et al.]

Ali, Jati Kasuma and Bujang, Azlina and Jack, Suriani and Abu Bakar, Khaulah and Ghazuddin, Farhana and Nik Fauzi, Sheela Faizura (2024) Alumni 1993-2002: Dr. Malvern Abdullah / Jati Kasuma Ali ... [et al.]. In: Aspirasi Alumni UiTM Cawangan Sarawak. Edisi Khas 2024 ed. Universiti Teknologi MARA, Sarawak, Universiti Teknologi MARA, Sarawak, pp. 57-60. ISBN 9789670828725
Abstract

Dr. Malvern Abdullah dilahirkan pada 17 Mei 1975. Pada tahun 2011, beliau berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Itulah kenangan paling manis dalam hidupnya dalam bidang akademik. Beliau kini merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak. Beliau juga percaya setiap kejayaan pasti diiringi dengan semangat dan keringat. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang sukan bina badan sejak tahun 2003. Menyorot kisah insan hebat ini, beliau telah menduduki tempat pertama dalam pertandingan bina badan Mr. Borneo pada tahun 2008 dan 2011. Selain itu, beliau turut mengukir kecemerlangan dalam beberapa pertandingan sukan bina badan seperti Mr. Iron Hardcore (tahun 2014), Mr. Gym 1M Kebangsaan (tahun 2018), Mr. Kuching Championship (tahun 2005-2015) dan Mr. Sarawak Body-building Championships (tahun 2011-2013). Lebih membanggakan apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Asia Sukan Bina Badan dan menjulang gelaran Mr. Asia 2017. Selain itu, beliau berjaya menjadi Juara Dunia Sukan Bina Badan dengan gelaran Mr. World 2022.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116486.pdf]
Text
116486.pdf
Download (2MB)
Indexing & Metrics