Abstract
Dr. Malvern Abdullah dilahirkan pada 17 Mei 1975. Pada tahun 2011, beliau berjaya menamatkan pengajian dan menggenggam ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Pengurusan Perniagaan. Itulah kenangan paling manis dalam hidupnya dalam bidang akademik. Beliau kini merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Pengurusan dan Perniagaan UiTM Cawangan Sarawak. Beliau juga percaya setiap kejayaan pasti diiringi dengan semangat dan keringat. Beliau juga bergiat aktif dalam bidang sukan bina badan sejak tahun 2003. Menyorot kisah insan hebat ini, beliau telah menduduki tempat pertama dalam pertandingan bina badan Mr. Borneo pada tahun 2008 dan 2011. Selain itu, beliau turut mengukir kecemerlangan dalam beberapa pertandingan sukan bina badan seperti Mr. Iron Hardcore (tahun 2014), Mr. Gym 1M Kebangsaan (tahun 2018), Mr. Kuching Championship (tahun 2005-2015) dan Mr. Sarawak Body-building Championships (tahun 2011-2013). Lebih membanggakan apabila beliau dinobatkan sebagai Juara Asia Sukan Bina Badan dan menjulang gelaran Mr. Asia 2017. Selain itu, beliau berjaya menjadi Juara Dunia Sukan Bina Badan dengan gelaran Mr. World 2022.
Metadata
Item Type: | Book Section |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Ali, Jati Kasuma UNSPECIFIED Bujang, Azlina UNSPECIFIED Jack, Suriani UNSPECIFIED Abu Bakar, Khaulah UNSPECIFIED Ghazuddin, Farhana UNSPECIFIED Nik Fauzi, Sheela Faizura UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > L Education (General) > Periodicals. Societies L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Sarawak |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan Campus |
Page Range: | pp. 57-60 |
Keywords: | aspirasi, alumni, UiTM Cawangan Sarawak, Dr. Malvern Abdullah |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116486 |