Scienza: the breath of art / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat (2022) Scienza: the breath of art / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Abstract

18 jun 2022 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Al-Zahwari sesi 2021/2022 telah menganjurkan satu program yang digelar program 'Scienza: The Breath Of Art'. Program ini telah menjemput Cik Nur Aisyah binti Md Ariff sebagai penceramah jemputan dan bermula jam 8 malam sehingga 10 malam dengan menggunakan platform YouTube channel: JPKBertam. Program bertemakan sains, teknologi, dan inovasi ini dianjurkan bertujuan untuk mahasiswa uitm kampus bertam untuk menjadi pemangkin kemajuan sains, teknologi, dan inovasi di malaysia. Pada masa yang sama, program ini turut bertujuan bagi mengcungkil bakat dan kreativiti mahasiswa dalam bidang sains dan teknologi dan dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para mahasiswa berkenaan dengan dunia sains dan teknologi serta menggalakkan lebih ramai lagi para mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi. Program ini ingin melahirkan mahasiswa yang mampu mencipta teknologi dan membuat inovasi bagi memperbaharui mahupun memajukan teknologi sains yang sedia ada dan merealisasikan golongan mahasiswa yang mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai dunia sains, teknologi dan inovasi. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 'colouring digital poster', 'word search' dan kahoot.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116474.pdf]
Text
116474.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics