Abstract
18 jun 2022 - Jawatankuasa Perwakilan Kolej Al-Zahwari sesi 2021/2022 telah menganjurkan satu program yang digelar program 'Scienza: The Breath Of Art'. Program ini telah menjemput Cik Nur Aisyah binti Md Ariff sebagai penceramah jemputan dan bermula jam 8 malam sehingga 10 malam dengan menggunakan platform YouTube channel: JPKBertam. Program bertemakan sains, teknologi, dan inovasi ini dianjurkan bertujuan untuk mahasiswa uitm kampus bertam untuk menjadi pemangkin kemajuan sains, teknologi, dan inovasi di malaysia. Pada masa yang sama, program ini turut bertujuan bagi mengcungkil bakat dan kreativiti mahasiswa dalam bidang sains dan teknologi dan dapat memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para mahasiswa berkenaan dengan dunia sains dan teknologi serta menggalakkan lebih ramai lagi para mahasiswa untuk menceburkan diri dalam bidang sains, teknologi, dan inovasi. Program ini ingin melahirkan mahasiswa yang mampu mencipta teknologi dan membuat inovasi bagi memperbaharui mahupun memajukan teknologi sains yang sedia ada dan merealisasikan golongan mahasiswa yang mempunyai pengetahuan yang kukuh mengenai dunia sains, teknologi dan inovasi. Antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan 'colouring digital poster', 'word search' dan kahoot.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116474 |