Abstract
Pada 17 Jun 2022, Jumaat telah berlangsungnya program Plants: A Secret Medicine anjuran Kelab Society Of Pharmacy Students (SOPHYS) bermula jam 8:00 malam sehingga 11:15 malam. Program ini telah dijalankan secara alam maya menggunakan platform Microsoft Teams. Program Plants: A Secret Medicine ialah sebuah program wacana intelek berkaitan tumbuhan yang wujud di sekeliling kita yang dapat dijadikan ubat-ubatan dalam kehidupan seharian. Aktiviti utama program ini ialah perkongsian daripada penceramah yang juga merupakan seorang pegawai penyelidikan di Institusi Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) iaitu Puan Tan Ai Lee dan dirasmikan oleh Dr. Siti Nur Fadzilah Binti Muhsain, Penolong Rektor UiTM Pulau Pinang. Antara objektif program adalah untuk menambah ilmu dan kesedaran dalam kalangan mahasiswa/mahasiswi tentang kepentingan dan kebaikan tumbuhan herba dan memberi pengetahuan kepada mahasisiwa/mahasiswi tentang tumbuhan di sekeliling yang mampu memberi manfaat kepada mereka dan juga kepada masyarakat. Bilangan peserta yang terlibat adalah seramai 125 mahasiswa dan 125 mahasiswi. Pertandingan 'OOTD' dan Kahoot juga diadakan bagi memeriahkan lagi suasana beserta hadiah yang berbentuk wang ringgit. Tempat pertama bagi pertandingan 'OOTD' telah memenangi sebanyak RM 60, tempat kedua RM 40 dan tempat ketiga RM 20. Tempat pertama bagi pertandingan Kahoot pula ialah sebanyak RM 30, tempat kedua RM 20 dan tempat ketiga RM 10. Tahniah diucapkan kepada para pemenang!
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116471 |