Abstract
Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2021/2022 telah mengadakan program 'One By Graphic' pada 11 Jun 2022 hingga 17 Jun 2022. Program 'One By Graphic' ini merupakan program bengkel multimedia yang dijalankan secara dalam talian. Program ini telah dijalankan selama tujuh hari. Hari pertama telah dimulakan dengan bengkel modul Adobe Photoshop dan hari kedua diteruskan dengan bengkel modul Canva yang disampaikan oleh mentor daripada Tarbiah Kreatif. Peserta program diberikan tugasan kumpulan untuk menghasilkan sebuah poster dan video yang bertemakan pemasaran. Pemenang akan diumumkan di Instagram JPK UiTMCPP. Bagi memeriahkan lagi program ini, Ts. Mohd Izzuddin bin Ismail telah dijemput sebagai penceramah jemputan. Program ini juga telah dihadiri oleh mahasiswa UiTM Cawangan Pulau Pinang. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran mahasiswa dan membantu dalam meningkatkan daya kreativiti dalam kalangan mahasiswa juga melahirkan graduan yang berkeyakinan tinggi dalam kemahiran videografi dan penggunaan perisian professional dan memberikan pengalaman kepada mahasiswa untuk belajar teknik-teknik suntingan dan videografi secara atas talian.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116469 |