Podcast: sembang kopi mahasiswa / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat (2022) Podcast: sembang kopi mahasiswa / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Identification Number (DOI): Edisi Mei & Jun 2022
Abstract

14 MEI 2022- Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2021/2022 telah menganjurkan Program Podcast: Sembang Kopi Mahasiswa bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam melalui platform YouTube JPK UiTMCPP. Program ini dianjurkan bagi membincangkan isu-isu permasalahan mahasiswa serta sesi soal jawab berdasarkan persoalan mahasiswa. Siri bulanan pada bulan ini adalah siri 1, dimana sesi soal jawab akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) sendiri. Tetamu jemputan yang telah dijemput bagi siri 1 ialah Muhammad Farith Fahman Bin Mohd Fadli, iaitu Pengerusi JPK dan Muhammad Eillieyin Bin Mohd Ghazali, Naib Pengerusi 1 JPK. Bagi siri 2 pula iaitu pada 16 Jun 2022, tetamu jemputannya ialah Amerul Farhan Bin Mokhtaruddin, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022. Seterusnya siri 3 yang berlangsung pada 2 Julai 2022, tetamu jemputannya ialah Nur Ayuni Husna Binti Mohamad Zahir, bendahari JPNR dan Muhammad Harith Irwan Shah Bin Abdul Halim, Presiden JPNR. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman mahasiswa berkaitan kolej kediaman serta isu-isu semasa yang berlaku di kampus.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116371.pdf]
Text
116371.pdf
Download (3MB)
Indexing & Metrics