Abstract
14 MEI 2022- Jawatankuasa Perwakilan Kolej 2021/2022 telah menganjurkan Program Podcast: Sembang Kopi Mahasiswa bermula jam 8 malam sehingga 9.30 malam melalui platform YouTube JPK UiTMCPP. Program ini dianjurkan bagi membincangkan isu-isu permasalahan mahasiswa serta sesi soal jawab berdasarkan persoalan mahasiswa. Siri bulanan pada bulan ini adalah siri 1, dimana sesi soal jawab akan dibincangkan oleh Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) sendiri. Tetamu jemputan yang telah dijemput bagi siri 1 ialah Muhammad Farith Fahman Bin Mohd Fadli, iaitu Pengerusi JPK dan Muhammad Eillieyin Bin Mohd Ghazali, Naib Pengerusi 1 JPK. Bagi siri 2 pula iaitu pada 16 Jun 2022, tetamu jemputannya ialah Amerul Farhan Bin Mokhtaruddin, Yang DiPertua Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022. Seterusnya siri 3 yang berlangsung pada 2 Julai 2022, tetamu jemputannya ialah Nur Ayuni Husna Binti Mohamad Zahir, bendahari JPNR dan Muhammad Harith Irwan Shah Bin Abdul Halim, Presiden JPNR. Objektif program ini diadakan untuk meningkatkan kefahaman mahasiswa berkaitan kolej kediaman serta isu-isu semasa yang berlaku di kampus.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116371 |