Abstract
Penang Nursing Student Association (PeNSA) dengan kerjasama Society Of Pharmacy Students (SOPYHS) Sesi 2021/2022 telah mengadakan program Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundary pada 14 Mei 2022, Sabtu bermula dari jam 8 malam sehingga 11 malam. Aktiviti yang dijalankan dalam program “Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundry adalah berasakan perkongsian oleh penceramah iaitu Ummu Habibah Binti Idrus dalam prospek keusahawanan bertujuan untuk mendedahkan tips pemasaran serta meningkatkan minat mahasiswa/i untuk menceburkan diri dalam perniagaan. Program ini dilaksanakan secara atas talian melalui platform Cisco Webex Meeting dan YouTube (PeNSA UiTM). Objektif program ini adalah untuk melahirkan mahasiswa yang boleh berdaya saing dalam bidang perniagaan sehingga ke peringkat global dan mampu berfikir dengan kreatif dalam mengatur strategi pemasaran dan perniagaan serta mahir berniaga dan mempunyai ciri keusahawanan yang tinggi dalam diri. Program ini juga telah menyasarkan seramai 250 orang peserta daripada mahasiswa semester dua(2) dan empat(4) termasuk 30 orang urusetia. Program Kyoukai No Kanata: Beyond The Boundry ini mengadakan dua(2) pertandingan untuk para peserta mereka iaitu Pertandingan Poster Kreatif dan Pertandingan Kahoot. Bagi pemenang Pertandingan Poster Kreatif, tempat pertama telah mendapat wang sebanyak RM 50, diikuti oleh tempat kedua dan ketiga sebanyak RM 40 dan RM 30. Untuk Pertandingan Kahoot pula, tempat pertama, kedua dan ketiga mendapat wang sebanyak RM 30, RM 20 dan RM 15.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | June 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116370 |