Gala Raya / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat (2022) Gala Raya / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Occupational Therapy Student (OTHENS) telah mengadakan program Gala Raya secara online di platform Google Meet dan YouTube Live. Program ini diadakan pada 13 Mei 2022 bermula 8 malam sehingga 10.30 malam. Antara objektif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim dan keakraban di antara para mahasiswa, pihak universiti dan masyarakat dan memberi kesedaran dan penghayatan kepada para mahasiswa bahawa setiap kaum mempunyai perayaan yang berbeza dan boleh diraikan oleh semua kaum. Selain itu, program ini juga dijadikan landasan hubungan baik di antara warga universiti dan masyarakat serta menggalakkan para mahasiswa untuk lebih berani menonjolkan kebolehan dan kreativiti mereka dalam membuat video dan mengedit gambar. Program ini telah menjalankan aktiviti seperti tayangan video penyertaan pertandingan kad raya dan pertandingan vlog raya. Daripada tayangan video ini, pihak program hanya menayangkan video dan kad raya peserta yang Berjaya memenangi pertandingan tersebut berdasarkan bilangan ‘LIKE’ yang banyak di media sosial dan penilaian oleh ketua serta penolong pengarah program. Program ini juga telah berjaya menarik perhatian 166 orang peserta termasuk ahli jawatankuasa yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Pulau Pinang Kampus Bertam.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang
Keywords: e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang
Date: June 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116369
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116369.pdf] Text
116369.pdf

Download (5MB)

ID Number

116369

Indexing

Statistic

Statistic details