Prakata

Abdul Hadi, Basharudin (2022) Prakata. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.

Abstract

Kata-kata aluan oleh Timbalan Rektor HEP

Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT tuhan yang mencipta dan menguasai alam ini. Selawat dan Salam buat junjungan tercinta Rasullulah S.A.W. Assalamuallaikum, salam sejahtera. Pertamanya saya ingin merakamkan syabas dan jutaan penghargaan kepada jawatankuasa penerbitan E-buletin ini kerana telah bertungkus lumus bagi mengeluarkan edisi 2022 ini. Saya percaya kejayaan dalam menerbitkan majalah ini bukannya datang bergolek tetapi atas usaha gigih dan penat lelah dari semua pihak ternasuk semua AJK dan para ahli. Tanpa komitmen dan sokongan daripada semua pihak, mustahil E-buletin ini berjaya diterbitkan dan disebarkan. Usaha murni untuk menerbitkan majalah berobjektifkan bagi merakamkan program dan aktiviti ketika bulan Mei dan Jun 2022. Adalah diharapkan agar semua kejayaan program dan aktiviti ini akan menyuntik semangat para mahasiswa untuk terus bergiat aktif dalam aktiviti demi manfaat masa hadapan. Seterusnya E- buletin ini juga berfungsi sebagai satu platform untuk mempromosikan kelab dan persatuan UiTM Cawangan Pulau Pinang. Ini bertujuan untuk menggalakan penglibatan dari mahasiswa UiTMCPP sendiri. Semoga segala keterlibatan para mahasiswa dalam aktivti dan program dijadikan pengalaman yang berguna untuk mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dibidang akademik.Setiap program yang dilalui dan direkodkan dalam E-buletin ini dapat mencerminkan i DART . iDART adalah nilai individu yang perlu ada pada setiap warga UiTM. Tidak lupa juga antara satu ciri penting dalam pelan strategik UiTM2025 iaitu Pendidikan 5.0@UiTM. Pendidikan 5.0 bukan bermaksud teknologi canggih dan kebolehan mesin untuk melakukan apa yang manusia boleh lakukan tetapi ianya bermaksud apakah kebolehan seseorang apabila teknologi dan mesin diberikan kepadanya.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Abdul Hadi, Basharudin
UNSPECIFIED
Subjects: L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang
L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus
Journal or Publication Title: e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang
Keywords: e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, i-DART
Date: 2022
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116368
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116368.pdf] Text
116368.pdf

Download (2MB)

ID Number

116368

Indexing

Altmetric
PlumX

Statistic

Statistic details