Pelaksanaan projek Freshwater Lobster Production-Green Aquaponics Perennial System (Flp-Gaps) oleh komuniti berpendapatan rendah (B40) dengan pematuhan kod amalan akuakultur baik / Hendry Joseph ... [et al.]

Joseph, Hendry and Mohammed, Rozita @ Uji and Supain @ Christopher, Cyril and Abd Kahar @ Eting, Surail and Rubama, Alahasin (2023) Pelaksanaan projek Freshwater Lobster Production-Green Aquaponics Perennial System (Flp-Gaps) oleh komuniti berpendapatan rendah (B40) dengan pematuhan kod amalan akuakultur baik / Hendry Joseph ... [et al.]. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14. pp. 110-121. ISSN 2948-5045

Abstract

Sektor akuakultur di Malaysia berperanan sebagai penyumbang utama kepada ekonomi negara yang bernilai RM3.6 bilion pada tahun 2021 disamping membekalkan sumber protin dalam keperluan nutrisi makanan negara. Selain itu subsektor akuakultur air tawar banyak diimplementasikan dalam program pembasmian kemiskinan seperti penternakan ikan tilapia, ikan keli dan ikan haruan yang telah berjaya mengeluarkan rakyat dari kepompong kemiskinan. Mutakhir ini penternakan freshwater lobster iatu udang kara air tawar yang lebih dikenali sebagai lobster air tawar (LAT) semakin popular dikalangan penduduk sebagai sumber pendapatan tambahan kepada ekonomi keluarga. Diberikan nama saintifik Cherax quadricarinatus ia berasal dari utara Australia dan selatan Papua New Guinea dengan jangka hayat mencapai 5 tahun, saiz panjang badan dewasa lebih dari 20 cm yang berwarna kebiruan serta sepit berwarna merah bagi jantan. Pada awalnya udang ini dibawa ke Malaysia sebagai ternakan hiasan pada 2003 yang kemudiannya dikomersialkan sebagai makanan lazat serta premium dan mendapat permintaan yang baik. Saiz matang yang boleh dijadikan induk adalah yang berumur 7-10 bulan, dengan saiz panjang badan 10 cm ke atas bagi jantan manakala di antara 9-10 cm bagi betina yang menghasilkan 80-300 biji telur setiap kali bertelur. Di dalam habitat semulajadi ia memakan biji-bijian, ubi, tumbuhan dan memangsa hidupan lain dari keluarga udang. Pada tahun 2019 sekumpulan pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Sabah telah berjaya mendapat dana TERAJU bernilai RM3.5 juta bagi melaksanakan projek pembasmian kemiskinan menggunakan platform Freshwater Lobster Production: Green Aquaponics Perennial System (FLP-GAPS). Lobster air tawar adalah hidupan eksotik di Malaysia oleh itu penternakan secara komersil perlu mematuhi kod amalan akuakultur baik berpandukan MS 1998:2017 – Good Aquaculture Practice (GAqP) – Aquaculture Farm General Guidelines bermatlamatkan penghasilan produk akuakultur selamat dimakan dan berkualiti tanpa memudaratkan persekitaran, kebajikan haiwan dan mematuhi keperluan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Pengeluaran LAT berpandukan kod amalan baik adalah persiapan rapi sebelum permohonan pensijilan MyGAP yang diaudit oleh Jabatan Perikanan Sabah, dan dengan pensijilan tersebut akan memberi laluan mudah bagi pensijilan halal daripada MUIS Halal Hub Negeri Sabah.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Joseph, Hendry
UNSPECIFIED
Mohammed, Rozita @ Uji
UNSPECIFIED
Supain @ Christopher, Cyril
UNSPECIFIED
Abd Kahar @ Eting, Surail
UNSPECIFIED
Rubama, Alahasin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus
Universiti Teknologi MARA, Sabah > Kota Kinabalu Campus > Faculty of Plantation and Agrotechnology
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Event Title: Borneo International Islamic Conference
Event Dates: 6 hingga 7 September 2023
Volume: 14
Page Range: pp. 110-121
Keywords: freshwater, lobster, aquaponics, komuniti, akuakultur
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116348
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116348.pdf] Text
116348.pdf

Download (330kB)

ID Number

116348

Indexing

Statistic

Statistic details