Perundangan islam di Sarawak sebelum kedatangan penjajah barat: satu tinjauan awal / Noranizah Yusuf ... [et al.]

Yusuf, Noranizah and Bujang, Saimi and Abdul Kadir, Abdul Razak and Hamrie, Fatimah and Wan Yon, Wan Ariffin (2023) Perundangan islam di Sarawak sebelum kedatangan penjajah barat: satu tinjauan awal / Noranizah Yusuf ... [et al.]. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14. pp. 66-72. ISSN 2948-5045

Abstract

Analisis sejarah mendapati perundangan Islam mempunyai asas dan latar belakang yang kukuh di Malaysia sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka dan diperluaskan hingga ke negeri-negeri yang lain. Perundangan Islam menjadi elemen penting dalam sistem pentadbiran negara dan ketamadunan masyarakat Melayu Islam. Dalam konteks negeri Sarawak, mengikut kajian awal yang telah dilaksanakan terdapat dua manuskrip perundangan Islam yang pernah wujud di negeri Sarawak iaitu Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga. Oleh itu, kajian ini bertujuan menjelaskan kewujudan manuskrip khas berkaitan perundangan Islam di Sarawak menerusi Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga. Pendekatan kajian historiografi diaplikasikan dalam kajian ini menerusi empat langkah utama iaitu heuristik, kritikan sumber iaitu kritikan luaran dan kritikan dalaman, analisis dan interpretasi data dan yang terakhir historiografi iaitu proses penulisan sejarah. Manuskrip dan sumber sejarah dilakukan semak silang (cross check) atau jejak audit (audit trail) bagi menguji kesahan maklumat tersebut. Pendekatan analisis induktif dan deduktif digunakan dalam analisis kandungan sumber sejarah bagi memberi makna dan interpretasi kepada fakta-fakta sejarah yang dijumpai.
Hasil kajian mendapati kewujudan manuskrip Kanun Negeri Lawas dan Kanun Negeri Lingga memberi gambaran yang jelas bahawa masyarakat Islam di Sarawak telah mengamalkan undang-undang Islam dalam kehidupan mereka sebagaimana perkembangan yang berlaku di negeri-negeri lain di Malaysia, Brunei dan Sambas. Perundangan Islam telah menjadi elemen penting dalam sistem pentadbiran dan pemerintahan masyarakat Islam di Sarawak di samping undang-undang adat sehingga kesannya dilihat pada zaman pemerintahan Brooke.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Yusuf, Noranizah
UNSPECIFIED
Bujang, Saimi
UNSPECIFIED
Abdul Kadir, Abdul Razak
UNSPECIFIED
Hamrie, Fatimah
UNSPECIFIED
Wan Yon, Wan Ariffin
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Event Title: Borneo Islamic International Conference
Event Dates: 6 hingga 7 September 2023
Volume: 14
Page Range: pp. 66-72
Keywords: perundangan, islam, penjajah
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116325
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116325.pdf] Text
116325.pdf

Download (71kB)

ID Number

116325

Indexing

Statistic

Statistic details