Pembentukan dai faqih melalui internet / Mohamad Firdaus Mohamad Sabari ... [et al.]

Mohamad Sabari, Mohamad Firdaus and Md Radzi, Mohamad Bazli and Towpek, Hadenan and Amiruddin, Nur Adilah (2023) Pembentukan dai faqih melalui internet / Mohamad Firdaus Mohamad Sabari ... [et al.]. Proceedings Borneo International Islamic Conference, 14. pp. 45-58. ISSN 2948-5045

Abstract

Dalam Islam, dakwah adalah tanggungjawab setiap muslim sebagai sebahagian daripada ibadah mereka. Ilmu fiqh pula ialah ilmu mengenai hukum-hakam dalam agama Islam yang merangkumi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Seorang dai akan sering sekali ditanya oleh masyarakat berkenaan hukum bagi permasalahan yang timbul dalam kehidupan seharian. Artikel ini membincangkan tatacara dan metodologi untuk mempelajari ilmu fiqh secara berkesan melalui Internet. Metodologi ini merangkumi; mempelajari fiqh mengikut mazhab negeri, menumpukan kepada satu kitab hingga selesai, mempelajari kitab-kitab fiqh secara berturutan, belajar dengan ulama faqih,
menggabungkan hafalan dan pemahaman, mengajar apa yang telah dipelajari dan muzakarah bersama, dan memiliki hasrat yang ikhlas dan tekad yang kuat. Silibus pengajian fiqh Syafii dalam bahasa Melayu dan Arab turut dibincangkan, dan kaedah pembelajaran menerusi laman web seperti Youtube dan Takwīn al-Rāsikhīn dijelaskan. Kursus atas talian juga didedahkan seperti Al-Ta’hīl al-Fiqhī, Portal Hedaya, Ghirās al-ʿIlm, Maʿhad al-Imām al- Nawawī li al-Tafaqquh al-Syāfiʿī dan Certificate in Fiqh and Usul al-Fiqh. Sumber bahan bacaan di Internet yang digunakan untuk pembelajaran dan rujukan termasuk PDF Drive, Turath, Waqfeya, Telegram, laman web Jabatan Mufti, laman jurnal ilmiyah dan lain-lain. Kaedah pencarian maklumat dalam al-Mawsūʿah al-Fiqhiyyah al- Kuwaytiyyah juga turut dibincangkan. Kesimpulannya, pembelajaran ilmu fiqh melalui Internet memberikan peluang yang besar kepada dai untuk memperluas ilmu pengetahuan dengan cara yang mudah dan berkesan.

Metadata

Item Type: Article
Creators:
Creators
Email / ID Num.
Mohamad Sabari, Mohamad Firdaus
UNSPECIFIED
Md Radzi, Mohamad Bazli
UNSPECIFIED
Towpek, Hadenan
UNSPECIFIED
Amiruddin, Nur Adilah
UNSPECIFIED
Subjects: H Social Sciences > H Social Sciences (General)
H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus
Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Akademi Pengajian Islam Kontemporari
Journal or Publication Title: Proceedings Borneo International Islamic Conference
ISSN: 2948-5045
Event Title: Borneo Islamic International Conference
Event Dates: 6 hingga 7 September 2023
Volume: 14
Page Range: pp. 45-58
Keywords: pembentukan dai, faqih, internet
Date: 2023
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116322
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116322.pdf] Text
116322.pdf

Download (237kB)

ID Number

116322

Indexing

Statistic

Statistic details