Abstract
Masjid merupakan syiar dalam Islam. Dalam lipatan sejarah menunjukkan masjid mempunyai peranan yang sangat penting dalam sesebuah peradaban di mana masjid menjadi nadi utama dalam sesebuah masyarakat. Ini dapat digambarkan melalui peristiwa hijrah baginda nabi SAW di mana baginda bersama dengan para sahabat membina masjid Quba. Masjid merupakan tempat pemusatan aktiviti dan pertemuan masyarakat bagi membincangkan serta menguruskan perihal yang berkaitan dengan syiar Islam. Di samping berperanan sebagai tempat pelaksanaan ibadah,
masjid memainkan peranan yang luas mencakupi aspek pendidikan, pentadbiran, politik, sosial dan ekonomi. Justeru itu, artikel ini akan membahaskan fokus terhadap peranan masjid sebagai alternatif penjanaan ekonomi ummah. Bagi mencapai objektif pelaksanaan kajian, kaedah kualitatif melalui analisis kandungan digunakan. Dapatan kajian menunjukkan bahawa masjid mempunyai peranan yang signifikan sebagai alternatif penjanaan ekonomi masyarakat setempat. Ini dapat dibuktikan melalui pelaksanaan aktiviti berupa penjanaan ekonomi oleh beberapa bilangan masjid di Malaysia yang boleh dijadikan sebagai contoh bagi pelaksanaan aktiviti perekonomian berpusatkan masjid.
Metadata
Item Type: | Article |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Md Radzi, Mohamad Bazli UNSPECIFIED Mohamad Sabari, Mohamad Firdaus UNSPECIFIED Tawpek, Hadenan UNSPECIFIED |
Subjects: | H Social Sciences > H Social Sciences (General) H Social Sciences > H Social Sciences (General) > Study and teaching. Research |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus Universiti Teknologi MARA, Sarawak > Kota Samarahan II Campus > Akademi Pengajian Islam Kontemporari |
Journal or Publication Title: | Proceedings Borneo International Islamic Conference |
ISSN: | 2948-5045 |
Event Title: | Borneo Islamic International Conference |
Event Dates: | 6 hingga 7 September 2023 |
Volume: | 14 |
Page Range: | pp. 5-8 |
Keywords: | masjid, penjanaan, ekonomi, masyarakat |
Date: | 2023 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116318 |