Abstract
Kajian ini dijalankan adalah untuk melihat perkaitan antara beberapa faktor status sosio ekonomi dan sikap antara beberapa faktor status sosio ekonomi dan sikap ibu bapa dengan keciciran murid-murid dalam akademik. Tumpuan kajian ini dijalankan kepada murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang,Terengganu. Kajian ini dijalankan setelah memandangkan masalah keciciran murid-murid Sekolah Kebangsaan Kuala Berang, Hulu Terengganu merupakan suatu perkara yang serius di masa kini. Ada sebilangan murid-murid yang sudah tamat tahun 6 sekolah ini tidak mahu lagi melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah. Malah ada beberapa orang murid yang minta untuk berhenti sekolah sebelum tamat tahun 6 persekolahan sekolah rendah. Kajian ini adalah penting untuk memberi kesedaran kepada ibu bapa, pihak sekolah dan murid-murid di sana agar mereka menyedari tentang tanggungjawab dan peranan merka sebenarnya mengenai pendidikan di masa kini. Jadi, dapatlah disimpulkan bahawa status sosio ekonomi dan sikap ibu bapa mempunyai perkaitan rapat dengan masalah.
Metadata
| Item Type: | Student Project |
|---|---|
| Creators: | Creators Email / ID Num. Abdul Rahim, Norashidah UNSPECIFIED |
| Subjects: | L Education > LB Theory and practice of education > Performance. Competence. Academic achievement L Education > LB Theory and practice of education > Schools > Malaysia |
| Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pahang > Jengka Campus > Faculty of Business and Management |
| Programme: | Executive Diploma |
| Keywords: | Sosio ekonomi, Masalah akademik, Pelajar sekolah |
| Date: | 2007 |
| URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116286 |
Download
116286.PDF
Download (2MB)
Digital Copy
Physical Copy
- Kaunter Perkhidmatan Maklumat | Perpustakaan Al-Bukhari | Kampus Jengka, Pahang
On Shelf
ID Number
116286
Indexing
