Abstract
Kejayaan tidak harus dihadkan kepada pencapaian markah dan gred tertinggi akademik sahaja, tetapi melangkaui aspek Ko kurikulum dan skil diperlukan dalam kehidupan. Antara yang menarik perhatian adalah kejayaan 2 orang mahasiswi ACIS yang berjaya memenangi tempat pertama dan ketiga bagi sebuah pertandingan menulis puisi yang bertemakan COVID-19. Ini merupakan pertandingan anjuran Kolej Melati UiTM Shah Alam sebagai salah satu usaha untuk memupuk sikap prihatin di kalangan masyarakat terhadap pandemik yang sedang melanda dunia pada ketika ini. Tahniah daripada ACIS di atas pencapaian tersebut. Selain daripada itu, seorang lagi mahasiswa ACIS telah berjaya mencuri tumpuan apabila berjaya memiliki sebuah rumah milikan sendiri pada usia muda iaitu pada usia 22 tahun. Kejayaan tersebut lebih manis apabila rumah yang dibeli tersebut didedikasikan memenuhi hajat ibu beliau yang merupakan seorang ibu tunggal. Kejayaan-kejayaan ini seharusnya menjadi pendorong kepada semua pelajar lain untuk mencapai kejayaan dalam semua aspek kehidupan terutama melibatkan diri Muslim yang holistik.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | kejayaan istimewa pelajar ACIS |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116260 |