Abstract
Di hari yang mulia iaitu hari Jumaat pada 23 April 2022, pihak Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2021/2022 dengan kerjasama Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2021/2022 telah menjayakan program 'We Learn, We Share' yang merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah kerohanian dimana tujuannya adalah untuk mengisi masa lapang pelajar pada bulan Ramadhan dengan aktiviti yang berilmiah serta berunsurkan agama Islam dan secara tidak langsung dapat menyemai cinta kepada agama dalam diri pelajar. Pautan Youtube mengenai perbincangan agama yang bertajuk “Manisnya Ujian” yang disampaikan oleh Ustaz Wadi Anuar diberikan kepada peserta-peserta yang telah dikumpulkan dalam satu group Telegram. Pada tarikh 8 April, pautan Youtube dikeluarkan di Telegram untuk pelajar mendengar dan menonton video ceramah tersebut dan diberikan masa dua minggu untuk membuat infografik berpandukan video ceramah manakala pada tarikh 23 April 2022, peserta dikehendaki menghantar infografik dengan cara membuat ‘posting’ di Instagram masing-masing bersama hashtag yang ditetapkan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116226 |