Abstract
Pada bulan Mac lalu, Ekspo Selangkah ke UiTM yang diadakan di DATC UITM Shah Alam telah diadakan dengan 34 'booth' pameran yang dijalankan oleh pihak fakulti-fakulti, pusat akademik dan banyak lagi. Taklimat untuk bakal pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke UITM diadakan. Ini bertujuan mendedahkan maklumat penting untuk para pengunjung berkaitan fakulti dan program-program yang ditawarkan di UiTM. Tidak kurang hebatnya kemeriahan di 'booth' ACIS dengan kehadiran pengunjung untuk mengetahui lebih lanjut tentang program Sarjana Muda Pengurusan Industri Halal, Sarjana Muda Muamalat, Program Diploma Pengurusan Halal dan Diploma Muamalat serta program Plus Tahfiz yang ditawarkan oleh pihak ACIS. Bakal mahasiswa boleh mendapatkan maklumat terkini tentang kemasukan ke UITM, khidmat nasihat daripada Bahagian Pengambilan Pelajar dan Pusat Kerjaya & Kaunseling. Para pengunjung turut berpeluang menikmati aktiviti menarik seperti pemeriksaan kesihatan secara percuma, jualan produk fakulti, persembahan fakulti dan food truck yang telah disediakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | ekspo selangkah ke UiTM, ACIS |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116119 |