Kunjungan mesra Naib Canselor UiTM ke Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)

UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) (2024) Kunjungan mesra Naib Canselor UiTM ke Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS). Bulletin. Akademi Pengajian Islam Kontemporari, UiTM, Shah Alam.

Abstract

Tanggal 6 Ogos 2020 merupakan hari yang penuh bersejarah bagi semua warga Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) kerana menerima kunjungan hormat daripada Naib Canselor UiTM, Prof. Emeritus Datuk Ir. Dr. Mohd Azraai Kassim. Ketibaan Datuk NC disambut oleh Dekan ACIS, Prof Madya Dr Nurhidayah Muhammad Hashim bersama barisan pimpinan ACIS yang lain dan dihadiri oleh hampir 100 orang warga dengan SOP penjarakan sosial yang dipatuhi bersama. Majlis berlangsung di Dewan Muktamar 1 pada jam 3.30 petang hingga 5.30 petang dengan dimulakan dengan pembentangan Dekan ACIS berkenaan kedudukan, pencapaian, kekangan dan usaha yang akan dijalankan oleh ACIS untuk mencapai sasaran yang ditetapkan. Pihak Dekan juga menegaskan bahawa ACIS akan sentiasa berusaha menyokong UITM ke arah menjadi 'Globally Renowed University' dan menjadi tunggak kepada Nilai UiTM iaitu ESI dan IDART. Datuk Naib Canselor dalam ucapannya banyak menyentuh tentang pelan strategik UITM 2025 dan harapannya agar warga ACIS akan terus ke depan dan tidak ketinggalan dalam semua usaha penambah baikan dalam mencapai sasaran UiTM. Beliau menekankan pentingnya ketampakan di mata dunia, kesan kedudukan 'ranking university', keupayaan kewangan Universiti, nilai ESI dan i DART dan hasratnya melihat bilangan pensyarah ACIS yang mempunyai PhD semakin tinggi dengan 'research grants' yang banyak. Pelbagai persoalan turut diajukan oleh para hadirin dan semuanya dijawab dengan jelas oleh Datuk NC. Seluruh warga ACIS mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Naib Canselor UiTM yang telah sudi berkunjung dan mengenali seluruh warga dalam Sesi Kunjungan Mesra ke ACIS pada kali ini.

Metadata

Item Type: Monograph (Bulletin)
Creators:
Creators
Email / ID Num.
UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
UNSPECIFIED
Subjects: A General Works > AC Collections. Series. Collected works
Divisions: Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS)
Journal or Publication Title: eBuletin ACIS
ISSN: 2735-0991
Keywords: kunjungan mesra, naib canselor UiTM, Akademi Pengajian Islam Kontemporari, ACIS
Date: 2024
URI: https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116099
Edit Item
Edit Item

Download

[thumbnail of 116099.pdf] Text
116099.pdf

Download (666kB)

ID Number

116099

Indexing

Statistic

Statistic details