Abstract
Pada tahun 2020 ini, seluruh dunia menghadapi cabaran hebat apabila pandemik COVID-19 menyerang. Perubahan yang tidak pernah terjangka perlu digerakkan untuk mendepani pandemik ini, termasuklah sektor pendidikan. UiTM şecara umum dan ACIS secara khusus tidak dapat lari daripada turut serta dalam menghadapi perkara ini. Open & Distance Learning (ODL) dalam PdP menjadi norma baharu untuk pensyarah ACIS dan juga pelajar. Ada di kalangan pensyarah ACIS yang tidak pernah menggunakan Zoom, Cisco Webex kini semakin mahir mengguna kaedah maya ini. Beberapa sesi memperkasakan pensyarah dalam mengguna pakai segala kaedah maya dijalankan di peringkat dalaman. Justeru, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pensyarah ACIS yang begitu komited dan bersungguh-sungguh untuk memastikan PdP dapat berlangsung dengan baik sehingga akhir semester ini. Begitu juga saya mengucapkan terima kasih kepada semua pelajar program ACIS serta semua pelajar di semua fakulti yang mengambil mata pelajaran universiti (MPU) yang ditawarkan ACIS di atas kerjasama diberikan. Penghargaan juga saya panjangkan kepada semua staf pentadbiran ACIS yang telah bekerja keras memastikan semua urusan pentadbiran berjalan lancar walaupun bekerja dari rumah pada beberapa bulan terawal PKP dilaksanakan.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. UiTM, Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) UNSPECIFIED |
Subjects: | A General Works > AC Collections. Series. Collected works |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Shah Alam > Academy of Contemporary Islamic Studies (ACIS) |
Journal or Publication Title: | eBuletin ACIS |
ISSN: | 2735-0991 |
Keywords: | Perutusan Dekan, Professor Madya Dr. Nurhidayah Muhamad Hashim, dekan ACIS |
Date: | 2024 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116095 |