Au Revoir Jahiliah / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar

Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat (2022) Au Revoir Jahiliah / Sekretariat Majlis Perwakilan Pelajar. Bulletin. Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang, UiTM Cawangan Pulau Pinang.
Identification Number (DOI): Edisi Mac & April 2022
Abstract

Pada hari Selasa (19 April 2022) program yang bertajuk 'Au Revoir Jahiliah' yang merupakan program skop kerohanian ini berlangsung pada 10 pagi sehingga 12 tengahari . Program ini diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah serta peristiwa Nuzul Al-Quran. Selain itu, program ini dijalankan bagi mengasah tahap kreativiti dan bakat mahasiswa serta meyakinkan diri mereka untuk berdepan di khalayak ramai dengan mengadakan beberapa pertandingan yang sangat bermanfaat sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan adalah pertandingan poster, tulisan khat, tilawah Al-Quran dan Kuliah Lima Minit. Pertandingan poster, tulisan khat dan tilwah Al-Quran telah dijalankan sebelum program berlangsung, manakala, pertandingan Kuliah Lima Minit dijalankan secara langsung semasa program berlangsung. Seramai 6 orang peserta telah mempersembahkan kuliah mereka selama lima minit mengikut tajuk yang telah ditentukan. Perkongsian bermanfaat tentang peristiwa istimewa dalam bulan Ramadan telah diberikan daripada mahasiswa sendiri. Hal ini akan dapat memperbaiki setiap mahasiswa dari sudut rohaniah.

Item Details
Edit Item
Edit Item
Downloads & Files
[thumbnail of 116072.pdf]
Text
116072.pdf
Download (5MB)
Indexing & Metrics