Abstract
Pada hari Selasa (19 April 2022) program yang bertajuk 'Au Revoir Jahiliah' yang merupakan program skop kerohanian ini berlangsung pada 10 pagi sehingga 12 tengahari . Program ini diadakan bersempena dengan bulan Ramadhan yang penuh dengan Barakah serta peristiwa Nuzul Al-Quran. Selain itu, program ini dijalankan bagi mengasah tahap kreativiti dan bakat mahasiswa serta meyakinkan diri mereka untuk berdepan di khalayak ramai dengan mengadakan beberapa pertandingan yang sangat bermanfaat sekali gus dapat memupuk nilai-nilai murni dalam diri seorang pelajar. Beberapa pertandingan yang telah dipertandingkan adalah pertandingan poster, tulisan khat, tilawah Al-Quran dan Kuliah Lima Minit. Pertandingan poster, tulisan khat dan tilwah Al-Quran telah dijalankan sebelum program berlangsung, manakala, pertandingan Kuliah Lima Minit dijalankan secara langsung semasa program berlangsung. Seramai 6 orang peserta telah mempersembahkan kuliah mereka selama lima minit mengikut tajuk yang telah ditentukan. Perkongsian bermanfaat tentang peristiwa istimewa dalam bulan Ramadan telah diberikan daripada mahasiswa sendiri. Hal ini akan dapat memperbaiki setiap mahasiswa dari sudut rohaniah.
Metadata
Item Type: | Monograph (Bulletin) |
---|---|
Creators: | Creators Email / ID Num. Majlis Perwakilan Pelajar, Sekretariat UNSPECIFIED |
Subjects: | L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA > Pulau Pinang L Education > LG Individual institutions > Asia > Malaysia > Universiti Teknologi MARA |
Divisions: | Universiti Teknologi MARA, Pulau Pinang > Permatang Pauh Campus |
Journal or Publication Title: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Cawangan Pulau Pinang |
Keywords: | e-Buletin Majlis Perwakilan Pelajar, Majlis Perwakilan Pelajar Pulau Pinang, UiTM Pulau Pinang |
Date: | 2022 |
URI: | https://ir.uitm.edu.my/id/eprint/116072 |